Wednesday, November 10, 2010

Random Saintis cipta letupan Big Bang (Dunia, Kosmo 101110)

Saintis cipta letupan Big Bang



GAMBAR menunjukkan mesin Large Hadron Collider.


GENEVA, Switzerland - Sekumpulan saintis mencipta letupan mini Big Bang yang menunjukkan detik-detik permulaan alam semesta yang wujud hampir 14 bilion tahun lalu dengan menggunakan mesin penghentam partikel, Large Hadron Collider bernilai AS$6.4 bilion (RM19.79 bilion), lapor sebuah akhbar semalam.
Letupan itu berskala kecil tetapi menghasilkan suhu 10,000,000,000,000 darjah Celsius, satu juta kali lebih panas daripada pusat matahari.
Seorang saintis Britain, David Evans yang merupakan salah seorang daripada 1,000 anggota eksperimen itu berkata: "Kami teruja dengan pencapaian itu. Perlanggaran partikel menjana suhu dan ketumpatan paling tinggi yang pernah dicapai dalam satu eksperimen."
Eksperimen itu dibuat di dalam sebuah terowong bawah tanah di sempadan Switzerland dengan Perancis pada Isnin lalu.
Ia dilakukan bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai alam semesta selepas letupan Big Bangatau letupan besar berlaku 13.7 bilion tahun lalu. - Agensi

Share/Bookmark

Wednesday, November 3, 2010

Random Top 10 : Negara Paling bersih Rasuah :Malaysia??No 56


Berikut merupakan negeri sepuluh diatas yang mempunyai indeks rasuah yang paling bersih pada tahun 2010 yang dikeluarkan oleh sebuah organisasi pemantauan kes kes rasuah dunia Transparency International (TI)

Skala penilaian (0-sangat2 la korup) (10-sangat bersih)

1. Denmark   - 9.3
2. New Zealand  - 9.3
3. Singapura  - 9.3
4. Finland  - 9.2
5. Sweden  - 9.2
6. Kanada  - 8.9
7. Belanda  - 8.8
8. Australia  - 8.7
9. Switzerland  - 8.6
56. MALAYSIA  - 4.

disbelieve ?check out Tranparency international Corruption Index


blog.yet.named says : hope malaysia dapat inprove lg index rasuah tahun dapan..
Share/Bookmark

Random Exclusive : Photo Letusan Gunung Merapi di rakam dari satelit NASA

photo taken by Advanced Spaceborne Thermal Emission and Reflection Radiometer (ASTER) owned by NASA
Share/Bookmark